Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Ramadan, Bulan Berkongsi Rezeki

By 17 Mac 2024Mac 18th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Asrul Alias (Pekan)

PEKAN, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis menerima sumbangan sebanyak RM100 yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, di sini kelmarin.

Sumbangan yang disampaikan ini merupakan inisiatif Ahli Parlimen Pekan itu sendiri bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.

“Diharapkan kita dapat berbelanja dengan berhemah dan cermat dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri nanti,” ujarnya di Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Kepada Warga Emas dan Masjid/Surau DUN Pulau Manis, Parlimen Pekan.

Selain warga emas, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 dan RM500 kepada 16 buah masjid dan 38 buah untuk perbelanjaan sepanjang Ramadan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda