Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bot Penambang Penghubung Dua Negeri

By 22 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juliawati Razali/ Nooremmya Rawat (Sepang)

SUNGAI PELEK, 22 April (MalaysiaAktif) – Perkhidmatan bot penambang yang menghubungkan Sungai Pelek, Sepang dan Bukit Pelandok, Port Dickson kekal menjadi pilihan orang ramai khususnya pejalan kaki, berbasikal dan penunggang motorsikal kerana menjimatkan masa hampir satu jam perjalanan berbanding laluan darat.

Menurut pengusahanya yang mahu dikenali sebagai Ah Seng, 50, tambang yang dikenakan kepada penumpang adalah 50 sen bagi basikal, 70 sen untuk motorsikal dan RM2.00 bagi motorsikal besar, yang hanya mengambil masa lima minit perjalanan ke Bukit Pelandok, Port Dickson.

“Setakat ini kami hanya mempunyai sebuah bot penambang sahaja dan beroperasi setiap hari mulai jam 7.00 pagi hingga jam 6.30 petang.”

“Kapasiti muatan maksimum bagi setiap perjalanan adalah sebanyak lima buah motorsikal dan lima orang penumpang,” katanya.

Perkhidmatan bot penambang telah beroperasi hampir 70 tahun dan ianya masih kekal sebagai pilihan alternatif penduduk setempat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda