Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sumbangan Hari Raya Ringankan Beban Asnaf

By 6 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)/FAMA Johor 

JOHOR BAHRU, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih kurang 160 orang asnaf diraikan di sekitar Kota Iskandar dengan sumbangan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad, berkata bantuan yang diberikan dengan kerjasama beberapa agensi di bawah kerajaan negeri.

“Antara agensi yang terlibat seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim dan Majlis Agama Islam Negeri Johor.

“Diharapkan melalui bantuan ini dapat meringankan beban golongan yang memerlukan ini membuat persiapan keperluan raya dan merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Balairaya Komuniti Taman Mutiara Rini, di sini semalam.

Dalam pada itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor turut mengadakan Jualan Kasih Johor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di tapak Pasar Tani Mutiara Rini.

Datuk Pandak turut berkata, harga barangan runcit yang dijual sempena Jualan Kasih Johor ini diberikan diskaun yang sangat tinggi.

“Contohnya 2,000 ekor ayam dijual dengan harga RM4.50 sekilo dan habis dijual dalam masa beberapa jam program Jualan Kasih berlangsung,” katanya.

Turut hadir Penghulu Mukim Tanjung Kupang Mohamad Faiz Mohd Pandi dan Penghulu Mukim Jelutong Muhammad Azfar Mohd Noh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda