Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

KPKT Salur RM8.12 Juta Jayakan 20 Projek di Perlis

By 2 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah  menyalurkan peruntukan sebanyak RM8.12 juta untuk pelaksanaan 20 projek di negeri Perlis.

KPKT juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 ribu untuk menyokong inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Perlis.

Nga Kor Ming turut melawat Program Perumahan Rakyat Seri Sena.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang ditemui selepas merasmikan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Negeri Perlis 2024 di Kangar Street Art, di sini semalam, berkata antara peruntukan yang diedarkan adalah RM1.5 juta untuk menyokong inisiatif Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula).

“Matlamat kajian tersebut adalah untuk memperkasakan pembangunan Negeri Perlis sebagai sebuah bandar raya yang mampan, inklusif dan makmur.

“Untuk Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Sena, sejumlah RM2.96 juta peruntukan untuk penggantian enam unit lif di Blok A dan B telah pun siap dan akan memanfaatkan kepada 1,864 penghuni,” jelasnya.

Nga Kor Ming meninjau proses penaikan taraf Pasar Borong Sena.

Katanya, KPKT memperuntukkan sejumlah RM480 ribu untuk pembinaan semula enam unit gerai di Pasar Borong Sena.

“Semoga ia tidak hanya meningkatkan ekonomi lokal tetapi juga menyediakan infrastruktur yang lebih baik untuk penduduk setempat,” ujarnya.

Pada tahun 2024, lima projek Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) termasuk pendawaian elektrik untuk lampu kawasan dan koridor, penggantian paip retikulasi, penggantian bumbung dan pembaikan kerosakan harta bersama seperti kebocoran di tandas dan dapur berjumlah RM1.7 juta telah diluluskan oleh KPKT untuk kawasan perumahan awam di Kangar.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda