Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Anwar Mengumumkan Peruntukan Berjumlah RM421 Bilion untuk Belanjawan 2025

By 18 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM421 bilion bersamaan 20.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merupakan belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.

Anwar tiba di Dewan Rakyat pada pukul 4.00 petang dengan berbaju Melayu kelabu lengkap bersampin bagi membentangkan belanjawan ketiga Kerajaan Madani pimpinannya.

“Seterusnya, dengan rasa penuh tanggungjawab kepada negara dan rakyat, saya berdiri di Dewan yang mulia ini bagi membentangkan
Belanjawan MADANI Ketiga 2025 yang tercerna dari usaha gigih para perencana setelah mengambil kira tantangan serta ketidaktentuan global yang semakin mengganas,” katanya.

Perdana Menteri turut menggaris tiga tumpuan pada belanjawan kali ini pertama melalui pertumbuhan serta pemerataan ekonomi diatur seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP); Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR); Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS); Pelan Tindakan KL20; dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera.

Kedua, kebijakan fiskal dipandu melalui Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal; Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta; dan Penyasaran subsidi.

Ketiga, melakukan tatakelola dan integriti diangkat dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional; Pindaan Akta Audit 1957; dan Ikhtiar Reformasi Kerenah Birokrasi.

Lebih 30 juta rakyat Malaysia hari ini me­nanti berita gembira pengumuman Belanjawan 2025 dengan harapan menikmati pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan Kerajaan Madani pada tahun 2025 nanti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda