Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Latihan Kecemasan Tahap Tiga PrefChem Perhebat Kesedaran Komuniti

By 18 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/Ashikin Mustafa (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 40 peserta dari Kampung Punggai dan Kampung Lepau diberi pendedahan awal menerusi Latihan Kecemasan Tahap Tiga Evakuasi Komuniti di Taman Bayu Damai, Pengerang, di sini, semalam.

Penyelarasan kawalan media oleh Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi sempena Latihan Kecemasan Tahap Tiga Evakuasi Bencana di Pengerang

Program anjuran Petronas Refinery Chemical (PRefChem) ini bermatlamat memperhebatkan kesedaran komuniti penduduk di sekitar Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti bencana kebocoran gas kimia.

Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Kota Tinggi Mohd Saharuddin Mohd Yunus, berkata program yang julung kalinya diadakan ini bertujuan menilai koordinasi komunikasi kecemasan antara organisasi korporat, agensi kerajaan dan komuniti setempat.

“Latihan yang melibatkan pemindahan komuniti ini penting kerana aspek keselamatan mereka menjadi keutamaan selain mereka yang bekerja di dalam PIPC itu sendiri.

Peserta Latihan Kecemasan Tahap Tiga Evakuasi Bencana dari Kampung Lepau dan Kampung Punggai yang diselamatkan dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Taman Bayu Damai, Kota Tinggi 

“Menerusi latihan evakuasi ini, pihak berkuasa dapat menganalisa prosedur pemindahan komuniti yang terjejas ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selain meningkatkan prestasi tindak balas bencana pelbagai agensi yang terlibat,” katanya ketika merasmikan program tersebut selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Tambah Mohd Saharuddin, semua pihak yang mengambil bahagian dalam latihan ini alan mendapat pengetahuan dan seterusnya perlu berkongsi pengalaman yang diterima bagi meningkatkan kecekapan kalangan masyarakat sekiranya terjadi bencana sebenar.

Pelbagai agensi kerajaan terlibat bagi menjayakan latihan kecemasan ini termasuk pengurusan media yang diselaraskan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PRefChem Joost Emmen, Ketua Pegawai Operasi PIPC Adlee Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Mohd Syamsuri Mohamad.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda