Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Selusuri Sejarah Muzium Beruas

By 29 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Habibah Hassan/Husney Hamid (Manjung)

MANJUNG, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Selain Air Terjun Ulu Licin, Muzium Beruas di bawah kelolaan Lembaga Muzium Negeri Perak sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri yang datang ke daerah ini.

Mohamad Hazwan ketika ditemu bual.

Bangunan muzium yang penuh dengan sejarah ini merupakan bangunan mahkamah pada tahun 1920-an sebelum ia dipindahkan ke Mahkamah Rendah Beruas di Pantai Remis.

Menurut Pembantu Tadbir Muzium Beruas Mohamad Hazwan Hazrin, 29, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pernah menjadikan muzium ini sebagai pejabat pentadbiran mereka pada tahun 1985.

“Pada tahun 1991, kerajaan negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Rekreasi, Jabatan Kajibumi (Ipoh), Persatuan Pengkaji dan Peminat Sejarah Daerah Manjung telah menjalankan satu kajian serta pencarian artifak berkenaan Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Beruas dan Kerajaan Dinding.

Paparan sejarah Muzium Beruas untuk tatapan umum.

“Pelbagai artifak telah ditemui di kawasan Sungai Beruas dan kawasan Kampung Dinding, seterusnya secara tidak langsung menjadikan Beruas salah satu kawasan pencarian yang bersejarah di bawah Penyelidikan Fasa 1 dengan artifak yang ditemui turut dipamerkan di muzium ini untuk tatapan umum,” katanya ketika ditemu bual, di sini semalam.

Muzium Beruas boleh dikunjungi setiap hari mulai pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda