![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2024/11/pertandingan-mewarna-pupuk-cintakan-seni-warisan-batik-01.jpg)
Laporan/foto: Yusof Abd Samad
TANGKAK, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Pertandingan mewarna batik mampu memupuk semangat cintakan seni warisan batik dalam kalangan pelajar.
![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2024/11/pertandingan-mewarna-pupuk-cintakan-seni-warisan-batik-03.jpg)
Batik yang siap diwarna.
“Namun tanpa ilmu kesenian ianya mungkin sukar untuk difahami oleh sesetengah pelajar pada masa kini.
“Seni ini mampu menjadi salah satu daya tarikan para pelancong ke negeri ini khususnya daerah Tangkak,” kata Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kesang Tasek Norizan Azali semasa menyampaikan ucapan perasmian Pertandingan Mewarna Batik Peringkat Daerah Tangkak tahun 2024 di Dewan Zaa’ba SK Kesang Tasek, di sini semalam.
Menueurnya, pertandingan mewarna batik seperti ini menjadi inspirasi awal menggalakkan para pelajar mencintai seni batik.
![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2024/11/pertandingan-mewarna-pupuk-cintakan-seni-warisan-batik-04.jpg)
Persembahan kesenian yang dipersembahkan oleh pelajar Tahun 2 dan Tahun 3.
Persembahan seni tarian oleh pelajar Tahun 2 dan Tahun 3 menceriakan lagi pertandingan kesenian yang telah dianjurkan.
Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak Azmi Giman.
-ZS-