Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Akta Kanak-Kanak 2001 Tonggak Perundangan Sivil Melindungi Hak Kanak-Kanak

By 23 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Latifah Saad (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan)

PORT DICKSON, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Anak adalah anugerah Allah SWT yang paling berharga.

Melindungi hak anak-anak adalah tanggungjawab kolektif kepada semua.

Hakim Rayuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Yang Amat Arif Datuk Abas Nordin, berkata Akta Kanak-Kanak 2001 menjadi tonggak utama perundangan sivil dalam melindungi hak kanak-kanak.

“Cabaran besar yang kita hadapi hari ini adalah memastikan hak kanak-kanak ini dipenuhi dan isu berkaitan hak ini bukan sekadar isu keluarga tetapi isu nasional yang memerlukan tindakan tegas serta kerjasama pelbagai pihak.

“Mahkamah Syariah bukan sahaja berperanan sebagai institusi kehakiman tetapi juga pelindung hak anak-anak berdasarkan prinsip maqasid syariah,” katanya ketika merasmikan Program Literasi Undang-Undang Syariah 2024 di Pacific Regency Beach Resort, di sini kelmarin.

Ceramah motivasi oleh Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah.

Beliau turut menegaskan melindungi hak anak-anak adalah tanggungjawab kolektif kepada semua.

Turut diadakan forum ‘Permata Hati:Hak Anak dalam Undang-Undang Syariah’, motivasi bersama Datuk Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan pameran agensi berkaitan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda