Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kempen Perang Terhadap Gula di Perlis Kini Bermula

By 23 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis turut menyahut seruan Kementerian Kesihatan melalui Perang Terhadap Gula atau War on Sugar iaitu kerangka utama Pelan Strategik Mengurangkan Gula Dalam Kalangan Rakyat Malaysia 2024-2030 yang telah dibangunkan dan dilancarkan pada 29 Jun lalu.

Merujuk kepada hasil dapatan daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, Malaysia mencatatkan peningkatan prevalens obesiti yang sangat membimbangkan.

Para penerima plak bergambar kenangan,

“Saya amat mengharapkan agar Kempen War on Sugar ini dapat diperkasakan di setiap jabatan dan agensi kerajaan di seluruh Negeri Perlis.

“Kini 54.4 peratus atau lebih separuh daripada rakyat dewasa Malaysia adalah obes dan negeri Perlis merupakan antara tiga negeri teratas yang mengungguli carta negeri obes di Malaysia iaitu sebanyak 59.8 peratus, di belakang Negeri Sembilan (61.8 peratus) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (61.2 peratus),” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Dr. Ghazali Chik.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Khas Perlis Hebat Sihat Milik Semua yang diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, di sini hari ini.

“Bukan itu sahaja, negeri kita turut berada di tiga tempat teratas bagi prevalens tiga penyakit tidak berjangkit utama di Malaysia, iaitu diabetes (20.6 peratus), hipertensi (39.1 peratus) dan hiperkolesterolemia (41.0 peratus).

“Situasi ini jelas menunjukkan keperluan yang mendesak bagi melaksanakan intervensi tingkah laku kesihatan, untuk mengelak daripada keadaan yang lebih meruncingm,” katanya.

Penjawat awam bersama keluarga hadir untuk menyertai Program Khas Perlis Hebat Sihat Milik Semua ke Arah Perlis Sejahtera 2023.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan sedang membangunkan Pelan Strategik Kesihatan yang lebih komprehensif bagi Negeri Perlis dan salah satu strategi adalah menerusi inisiatif ke arah Perlis Sihat Sejahtera 2030.

“Program Khas Perlis Hebat Sihat Milik Semua anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pagi ini telah dihadiri lebih dari seribu penjawat awam negeri dan persekutuan di negeri Perlis  bertujuan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat, agar masyarakat negeri khususnya penjawat awam kekal sihat sejahtera dan produktif,” katanya.

Pada program tersebut turut diadakan funrobik dan fun walk sejauh tiga kilometer, saringan kesihatan, kecergasan dan pergigian serta aktiviti pameran interaktif.

-ZS-

Tinggalkan komen anda