Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim/Shaik Mohamad Fikri Shaik Ismail (Kemaman)
KEMAMAN, 12 Nov (MalaysiaAktif) ā Program hari terbuka industri anjuran DāMega International Sdn. Bhd. dengan kerjasama DāMega ESE Sdn. Bhd. dan Kossan (M) Sdn. Bhd. memberi peluang kepada tujuh pelajar semester akhir Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Paya Besar merasai pengalaman industri minyak dan gas di sini, hari ini.
Pelajar berkenaan menyaksikan pengujian teknologi HydroVac Robotic yang menggunakan jet air Ultra High Pressure (UHP) yang hanya terdapat dua unit di Asia Tenggara, iaitu di Taiwan dan Malaysia.
Pengarah Urusan DāMega International Sdn. Bhd. Sajali Tajudin, berkata teknologi ini bukan hanya meningkatkan keselamatan pekerja tetapi juga mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam kerja berisiko tinggi (3D: Dirty, Dangerous, Demeaning).
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara industri dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menyediakan tenaga kerja mahir di sektor minyak dan gas.
“Melalui pendedahan ini, pelajar dapat memahami perkembangan teknologi terkini dan peluang dalam sektor industri yang semakin berkembang,” ujarnya.
Beliau juga berharap program ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam sektor industri yang sedang berkembang pesat khususnya dalam bidang minyak dan gas.
-AA-