Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PERMATA Angkat Kesedaran Pulihara Hutan Paya Bakau

By 12 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Norzila Dollah (Larut Matang dan Selama)

KUALA SEPETANG, 12 Nov (Malaysiaaktif) – Program Pembenihan Angkat dan Penanaman Pokok Bakau (PERMATA) berlangsung meriah di Pusat Eko Pelajaran Paya Larut Matang, di sini kelmarin.

Antara peserta yang terlibat.

Program anjuran Dewan Belia Perak dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak ini dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut pengarah program Sufi Hanany Omar, program tersebut memberi penekanan terhadap kepentingan memulihara ekosistem hutan paya bakau sebagai warisan semula jadi negara.

“Inisiatif hijau seperti ini bukan hanya bertujuan untuk melindungi alam sekitar malah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penjagaan hutan paya bakau,” katanya yang juga Ahli Dewan Belia Negeri Perak.

Sementara itu, peserta Mohd Faiz Nazrin, 28, berkata program ini memberi peluang kepada generasi muda untuk memahami peranan hutan paya bakau dalam melindungi pesisir pantai serta sebagai habitat pelbagai spesies hidupan liar.

Turut berlangsung penyampaian Geran SejaTi MADANI kepada Pengerusi JPKK di bawah Mukim Matang.

Seorang lagi peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Hani Tissa, 23, pula berkata selain mengeratkan hubungan antara pemimpin muda dan pemimpin tertinggi negeri, program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mengenali kepentingan hutan bakau ini dengan lebih dekat.

“Semoga usaha pemuliharaan dan penanaman pokok bakau ini diteruskan dengan sokongan pelbagai pihak agar hutan ini terus kekal sebagai permata alam yang perlu dipelihara demi generasi akan datang,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda