
Laporan/foto: Mazlin Basir/Ahmad Nur Zahidi Mairop (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 12 Nov (Malaysiaaktif) – Program Rapatkan Saf 2.0 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Johor dirancang untuk mengeratkan lagi silaturahim dan memberikan ruang untuk bersantai bagi mengadaptasikan we time dan prime time di daerah Batu Pahat.

Antara tetamu-tetamu jemputan yang hadir.
Pantai Minyak Beku dipilih sebagai lokasi program yang akan dikomersialkan kerana ianya terkenal sebagai lokasi tumpuan utama kawasan riadah bersama keluarga.
“Selain dapat menikmati pemandangan pantai yang cantik dan suasana yang damai serta tenang, kawasan Bukit Segenting juga merupakan satu lagi lokasi pelancongan yang berpotensi untuk menarik pengunjung datang ke daerah Batu Pahat,” kata Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Batu Pahat Siti Sofiah Arif, di sini semalam.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Azmi Rohani turut hadir menyelusuri Sungai Batu Pahat serta melihat keindahan pemandangan Pulau Sialu.
Azmi turut melancarkan pertandingan mencipta logo dan slogan daerah sempena Tahun Melawat Johor 2026 serta menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang di Jeti Anjung Shahbandar Batu Pahat.

Azmi ketika melakukan Pelancaran Mencipta Logo dan Slogan Daerah Sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Taklimat Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Batu Pahat dan Taklimat Tebatan Banjir Sungai Batu Pahat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) turut diadakan.
Turut hadir Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor Noor Azizah Abdul Latif, Pegawai Daerah Batu Pahat, Zainoor Adani serta Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Johor.
Pelbagai aktiviti duadakan seperti pertandingan sukaneka boling kelapa, menganyam ketupat, gubahan gunga dan aktiviti mendaki Bukit Segenting.
-ZS-