Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sifat Keinsanan Perlu dalam Masyarakat Madani

By 10 November 202416 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Madani bukan hanya dinilai daripada segi kemajuan, kemudahan serta pelaburan luar namun ia lebih bermakna dengan sifat keinsanan dan ehsan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata sifat insan adalah dengan menghargai dan menjaga maruah manusia lain.

Amirudin Shari meninjau klinik bergerak Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAWIP) ketika Jelajah Peduli Ummah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Dataran Sungai Tua semalam.

Menurut Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, dalam masa yang sama juga kita perlu memelihara dan membantu kemanusiaan supaya tidak luntur.

“Budaya kepedulian itu timbul daripada kasih sayang dan rasa ingin menghargai satu sama lain.

“Kalau semangat tersebut dapat dibina, saya yakin di Selangor serta Malaysia akan aman makmur dan boleh maju ke depan sebagai masyarakat contoh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian program Jelajah Peduli Ummah Sejahtera Insan Al-Falah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Dataran Sungai Tua, di sini semalam.

Menerusi program tersebut sebanyak 200 bakul makanan diagihkan kepada golongan memerlukan melalui kunjungan dari rumah ke rumah.

Turut diadakan program masyarakat seperti e-sukan, tukar minyak hitam selain pengisian lain yang dirancang selama sehari.

Amirudin menyampaikan kotak makanan kepada salah seorang penerima semasa program Jelajah Peduli Ummah.

“Program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan minat untuk melakukan aktiviti kebajikan bersama sebagai salah satu budaya masyarakat,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda