Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Rapatkan Saf 2.0 Daerah Kota Tinggi Kukuhkan Ukhwah

By 10 Disember 20243 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/ Mohd Shahqrul Azim (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Program Rapatkan Saf 2.0 Daerah Kota Tinggi anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Negeri Johor bersama PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Tinggi telah berlangsung di Pengerang, semalam.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor, Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latif ketika berucap di majlis penutup Program Rapatkan Saf 2.0 Daerah Kota Tinggi

Selain meninjau perkembangan pembangunan di Pengerang, program ini juga bertujuan untuk memantapkan ukhwah antara ahli melalui pelbagai aktiviti.

Sukaneka antara ahli-ahli PUSPANITA Negeri Johor

Lawatan ke persekitaran Kampung Tanjung Surat dan Tanjung Buai dengan menaiki bot menyelusuri sungai sambil menikmati pemandangan tumbuhan bakau, kunjungan ke Galeri Pelancongan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di Tanjung Surat dan Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) turut menjadi intipati program ini.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor, Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latif, berkata program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara ahli PUSPANITA di seluruh negeri Johor.

“Matlamat lain adalah untuk memperkukuh kerjasama antara pentadbiran kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam melaksanakan aktiviti PUSPANITA. Lawatan ke PIPC ini juga memberi peluang menambah ilmu pengetahuan kepada para peserta,” ujarnya.

Geran sumbangan Setiausaha Kerajaan Johor berjumlah RM100 ribu turut diberikan kepada Pegawai-Pegawai Daerah di Negeri Johor bagi pelaksanaan aktiviti.

Acara sukaneka antara ahli PUSPANITA, persembahan tarian dan nyanyian oleh artis kelahiran Kota Tinggi turut memeriahkan lagi suasana program ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Tinggi, Zubaidah Sulaiman serta Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah dan Pegawai-Pegawai Daerah dari seluruh Johor.

-AA-

Tinggalkan komen anda