
Laporan/foto: Kamarulzaman Ahmad (Sarawak)
DALAT, 15 Jan (MalaysiaAktif) – Seramai 83 orang telah menerima sumbangan berupa angpau dan hamper sempena ‘Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2025’, di sini semalam.

Fatimah (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Majlis tersebut adalah bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada masyarakat setempat sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang selain merupakan inisiatif tahunan untuk memupuk semangat muhibah dan inklusiviti dalam kalangan masyarakat majmuk di Sarawak.
Selain itu, majlis tersebut juga menjadi satu platform penting untuk memperkukuh semangat perpaduan dan mempereratkan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak dapat meringankan beban penerima dan membolehkan mereka menikmati perayaan dengan penuh kegembiraan.

Fatimah menyaksikan persembahan tarian singa.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah.
“Perayaan Tahun Baru Cina bukan hanya tentang tradisi dan sambutan, tetapi juga merupakan peluang untuk kita saling berbakti dan membantu mereka yang memerlukan dan program seperti ini mencerminkan semangat keprihatinan dan perpaduan masyarakat Sarawak yang harmoni,” katanya.
-RJ