Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

NADI Beri Pelbagai Manfaat kepada Masyarakat

By 20 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Firdaus Rashid (Barat Daya)

BAYAN BARU, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang kini dijenamakan semula sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bermula Mac tahun lalu, terus membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat.

Ahli Komuniti MADANI lebih cakna mengenai perkhidmatan NADI setelah sesi kunjung hormat diadakan

Penubuhannya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bertujuan memperkukuh taraf hidup komuniti setempat dengan menawarkan peluang dan akses digitalisasi yang lebih meluas.

Pengurus NADI Pantai Jerejak Maizatul Addina Abdul Hamid, berkata bahawa program di NADI telah melalui proses penyusunan semula oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berdasarkan lima teras utama iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.

“Pendekatan baharu ini bukan sahaja untuk memperkasakan masyarakat tetapi juga memastikan peluang dan akses yang sama rata untuk memenuhi keperluan unik setiap komuniti,” katanya.

Pemeriksaan kesihatan percuma kepada ahli antara perkhidmatan yang ditawarkan di NADI.

Beliau turut memuji jalinan kerjasama erat antara NADI Pantai Jerejak dan Jabatan Penerangan melalui program Komuniti MADANI yang memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan pelbagai inisiatif dan perkhidmatan di NADI.

“NADI bukan sekadar pusat maklumat, tetapi juga menjadi sumber rujukan terkini dan tepat terutama berkaitan inisiatif kerajaan yang memberi manfaat besar kepada rakyat khususnya komuniti setempat,” katanya kepada wartawan Malaysia Aktif, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda