Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pantai Batu Rakit Terkesan dengan Fenomena Ombak Besar dan Hakisan Pantai

By 15 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norma Mohd Noor/Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Monsun Timur Laut dan kejadian air pasang serta ombak besar yang melanda Pantai Timur, khususnya negeri Terengganu mengakibatkan berlaku hakisan yang teruk di sepanjang Pantai Batu Rakit, di sini kelmarin.

Jalan ke Pantai Batu Rakit ditutup kepada semua kenderaan.

Kejadian ini turut menyebabkan kerosakan besar, termasuk runtuhan jalan raya sepanjang 50 meter di Jalan Pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit yang telah ditutup kepada orang ramai untuk keselamatan.

Penduduk kampung, Khairul Anuar Shamsudin, 43, berkata hakisan yang semakin parah telah memusnahkan pelbagai kemudahan seperti bangsal dan jeti nelayan yang dihanyutkan ombak.

“Selain itu, beberapa gerai jualan dan pokok turut tumbang akibat hakisan tanah, memberi ancaman keselamatan kepada penduduk setempat.

“Beberapa kediaman turut terjejas dengan fenomena ini,” katanya.

Jalan Pantai Kampung Tanjung turut ditutup untuk keselamatan penduduk.

Penduduk berharap pihak berkuasa segera mengambil langkah untuk menangani isu hakisan pantai ini, terutama dengan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang dijangka berlanjutan sehingga Mac ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda