Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Program Potong Rambut Percuma Mengeratkan Hubungan antara Pemimpin dan Masyarakat

By 20 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Muhammad Azrul Hafiz

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala termasuk keluarga telah dipilih untuk mendapatkan khidmat potongan rambut secara percuma di Program Mesra Rakyat anjuran Pejabat Ahli Parlimen Segambut.

Sukarelawan melakukan pemotongan rambut dengan teliti.

Lebih uniknya, program ini akan dilaksanakan pada setiap bulan di lokasi sekitar Parlimen Segambut dan ia menyasarkan khidmat kepada golongan B40.

Program ini merupakan inisiatif Pejabat Ahli Parlimen Segambut dengan kerjasama La Fiorire Korean Hair Saloon, Plaza One Mont Kiara yang merupakan salah sebuah syarikat yang bekerjasama dengan NGO Korean Society Malaysia.

Menurut salah seorang peserta yang ditemui, Erliyusnaidi Kamaruzzan, 41, program seperti ini merupakan inisiatif yang sangat baik dalam membantu golongan B40.

Hannah Yeoh bergambar bersama sukarelawan yang memberikan khidmat gunting rambut percuma.

“Ia perlu diperluaskan kerana secara tidak langsung ia dapat merapatkan hubungan penduduk setempat bersama pemimpin masyarakat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda