Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Roti Babu Tarikan Unik Daerah Muallim

By 34 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahiran Jamiludin/Azhar Mat Isa (Muallim)

SLIM RIVER, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Bermula dengan minat yang mendalam dan hanya menjual roti babu dengan mengayuh basikal keliling kampung, kini jenama Roti Mokhtar kian mendapat tempat bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah menjadi buah tangan wajib buat pengunjung yang singgah ke pekan Slim River.

Mokhtar menunjukkan kebuk roti yang berusia lebih 100 tahun.

Pemilik roti babu, Mokhtar Amat, 62, berkata perniagaan yang diwarisi tiga generasi ini masih mengekalkan cara pembuatan yang sama iaitu menggunakan kebuk roti yang berusia lebih 100 tahun serta pembakaran secara tradisional menggunakan bahan kayu api.

“Keenakan Roti Mokhtar ini dikekalkan tanpa bahan pengawet dengan menggunakan bahan asas seperti garam, gula, yis dan marjerin. Antara pilihan perasa yang boleh didapati ialah kaya, kacang bijan dan krim.

“Saya sentiasa memastikan kualiti roti yang dikeluarkan berada dalam keadaan baik kerana percaya pelanggan akan datang semula jika kita memberikan produk yang berkualiti,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Masjid Lama, di sini kelmarin.

Antara pilihan roti yang boleh didapati pelanggan di Roti Mokhtar.

Sempena Tahun Melawat Perak 2024 yang lalu, Roti Mokhtar telah diletakkan sebagai salah satu tarikan bagi menarik pelancong ke daerah Muallim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda