Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

IPD Labuan Tumpaskan ‘Geng Curi Kabel’

By 6 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan berjaya memberkas 12 individu lelaki dari beberapa kumpulan penjenayah yang aktif dalam jenayah curi kabel sekitar Julai 2024 hingga awal tahun ini.

Antara kabel yang berjaya dirampas pihak polis

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim, pihaknya menerima 12 laporan berkaitan kehilangan dan kerosakan kabel di beberapa kawasan kampung dan bandar Labuan dengan jumlah kerugian mencecah RM 88,290.00.

Salah satu kenderaan yang digunakan oleh Geng Curi Kabel

“Kes pertama melibatkan tangkapan tiga orang lelaki tempatan pada Julai tahun lalu yang disyaki dari Kumpulan Geng Bel Isham bersama barang rampasan sebuah kenderaan, satu guni berisi kabel tembaga dan peralatan pecah rumah.

“Kes kedua melibatkan tangkapan dua orang lelaki tempatan melibatkan ahli Kumpulan Geng Salpau pada awal Disember lalu yang aktif dalam kes curi kabel di sekitar Kampung Tanjung Aru, Kampung Sungai Keling dan Kampung Rancha-Rancha,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Jelasnya, selain itu pihak polis turut membuat tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan ahli Geng Fitri berusia antara 20 hingga 35 tahun.

“Suspek terlibat dengan kes curi dan khianat kabel milik Telekom Malaysia di sekitar Kampung Lubok Temiang dan turut didapati positif dadah.

“Kes keempat dilaporkan pada 23 Januari lalu dengan tangkapan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan dua kes curi kabel bersama seorang suspek yang masih bebas,” ujarnya.

Tambahnya, dua orang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing dari Geng Arshad juga berjaya ditahan kerana terlibat dengan kes yang sama di sekitar kawasan Rancha-Rancha sejak Disember 2024.

-AA-

Tinggalkan komen anda