Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

GoRo Basmi Denggi Erat Silaturrahim

By 6 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Faisal/Iylia Faruq (Perak Tengah)

BOTA, 6 Feb (MalaysiaAktif) – Lebih 80 peserta terdiri daripada penduduk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Desa Seri Bayu dan kakitangan agensi kerajaan telah menjayakan program Gotong-Royong (GoRo) Wabak Demam Denggi Lokaliti RPT Desa Seri Bayu anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Seri Bayu di sini, hari ini.

Datuk Nizar Zakaria bergambar bersama peserta gotong-royong

Menurut Pengerusi KRT Desa Seri Bayu Ahmad Fadzil Arif, program ini diadakan berikutan wabak demam denggi yang melanda lokaliti ini dan dijangka akan berakhir dalam tempoh lima hari.

Datuk Nizar Zakaria turun padang membantu peserta gotong royong

“Selain itu, program ini dapat menjadi platfom menyatupadukan masyarakat dan membina sikap peduli dengan persekitaran mereka sendiri.

“Penting untuk kita memperuntukkan sedikit masa sekurang-kurangnya setiap minggu bagi memeriksa kawasan berair terutamanya di persekitaran longkang,” ujar Pengerusi Yayasan Kebajikan Perak Tengah Datuk Nizar Zakaria ketika merasmikan program pagi tadi.

“Setiap inci kawasan bertakung menjadi kegemaran nyamuk aedes untuk membiak dan kita perlu menjadi insan yang bertanggungjawab melindungi orang tersayang,” ujarnya yang juga mantan Ahli Parlimen Parit.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah Noreah Abdul Majid dan Pegawai Epidemiologi II Pejabat Kesihatan Perak Tengah Dr Alif Firdaus Aizat Mohd Zain.

-AA-

Tinggalkan komen anda