Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Lima Ditahan Penyeludupan Migran Keluar dari Malaysia

By 13 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zahid Othman/Kastam Johor (Johor)

JOHOR BAHRU, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menumpaskan sindiket penyeludupan migran keluar dari Malaysia di perairan Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini pada 8 Januari lalu.

Serbuan dilakukan oleh Unit Marin Sungai Pulai, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Johor ketika melaksanakan tugasan rondaan laut lebih kurang pukul 7.27 malam dan telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan dinaiki tiga lelaki dan dua wanita warganegara asing.

Dua wanita warganegara asing tanpa dokuman perjalanan sah ditemui bersembungi di bawah kanvas dalam sebuah bot ketika keluar dari perairan Sungai Pulai, Gelang Patah.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki telah bertindak sebagai tekong iaitu pemandu bot yang membawa dua lelaki, manakala dua wanita lagi yang disembunyikan di bawah kanvas di dalam bot,” menurut JKDM Johor dalam satu kenyataan semalam.

Menurut JKDM Johor, hasil pemeriksaan turut mendapati keempat-empat suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan sebuah bot fiber berserta enjin yang digunakan oleh suspek telah disita.

“Kes telah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada 15 Januari dan 20 Januari 2025 dan disiasat di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu terlibat dalam pengangkutan migran.

“Jika sabit kesalahan, memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda