Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

NADI Dedahkan Pelajar Kerjaya dalam Keselamatan Siber

By 8 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kini telah dijenamakan semula sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bermula tahun lalu, sebagai sebuah tempat sebaran maklumat secara digital.

Penceramah berkongsi secara ringkas laluan bermula dari sekolah

Sebanyak 14 buah penubuhannya di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Perlis bertujuan memperkukuh masyarakat setempat mendapatkan akses digitalisasi.

Pengurus NADI PPR Seri Sena, Zaidahafifa Darus, berkata program di NADI PPR Seri Sena membuka peluang kepada pelajar-pelajar pendedahan berkaitan kerjaya dalam bidang keselamatan siber yang kini menjadi antara bidang kerjaya yang diperlukan.

Izzat Hamizan berpengalaman luas dalam bidang Keselamatan siber

“Program  ini memberi pendedahan tentang kerjaya yang tidak pernah saya ketahui. Saya rasa untuk perlu belajar dengan lebih baik apabila mendengar kepentingan kerjaya keselamatan siber pada masa kini dan masa hadapan,” katanya.

Salah seorang peserta webinar, Ziyad Nifail Mifzal Abdul Mu’izz, 14, dari SMK Perlis, turut teruja dengan bidang kerjaya keselamatan siber ini, yang sebenarnya dapat menjadi barisan hadapan bagi menjadi benteng keselamatan negara dalam dunia digital.

Penceramah jemputan daripada NADI Malaysia, Izzat Hamizan, Jurutera Keselamatan Siber, turut berkongsi laluan kerjaya dalam keselamatan siber apabila berada di tingkatan 4.

Menurut Izzat, laluan kerjaya dalam bidang ini, memerlukan minat dan kecenderungan dengan peranti digital dan juga pengetahuan asas berkaitan perisian seperti pengaturcaraan komputer.

“NADI bukan sekadar pusat maklumat, tetapi juga menjadi sumber ilmu terkini secara percuma dan tentunya memberikan manfaat kepada para 1,400 ahli NADI di sini,” ujar Pengurus NADI PPR Seri Sena kepada wartawan Malaysia Aktif, ketika di temui selepas tamat webinar laluan kerjaya keselamatan siber di sini, semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda