Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pesawah, Pengguna Sambut Baik Pelarasan Harga Lantai Padi

By 14 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin

KOTA BHARU, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu semalam mengenai pelarasan harga lantai padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini disambut baik oleh pesawah dan pengguna.

Abas Shik menunjukan padi miliknya mula mengeluarkan buah.

Pesawah Abas Shik Ibrahimi, 61, menyatakan rasa syukur dan gembira atas keputusan tersebut yang membuktikan keprihatinan Kerajaan Madani terhadap kebajikan pengusaha pertanian.

“Pesawah tidak meminta kenaikan harga lantai tanpa sebab.

”Kami berdepan kenaikan kos operasi seperti harga jentera, benih, racun dan cabaran perubahan iklim,” katanya semalam.

Menurutnya, keputusan kerajaan sedikit sebanyak membantu pesawah.

“Keuntungan yang lebih baik mampu menarik minat generasi muda untuk menceburi sektor pertanian dan meneruskan legasi keluarga,” katanya.

Abas Shik yang mengusahakan sawah seluas 25 ekar di Kampung Serian, Salor yakin pelarasan ini akan meningkatkan hasil tuaian berkualiti pada masa akan datang.

Tanaman padi milik Abas Shik di Kampung Serian, Salor mula mengeluarkan buah.

Pengguna dari Pendek, Salor, Alias Taib, 62, turut menyambut baik pengumuman tersebut, bukan sahaja untuk pesawah tetapi juga pengguna.

“Kekalnya harga beras putih tempatan (BPT) pada RM2.60 sekilogram meringankan beban pengguna, terutama rakyat marhaen.

“Pengguna tidak perlu panik kerana harga masih terkawal,” katanya.

Langkah kerajaan ini dilihat sebagai usaha memastikan kesejahteraan semua pihak dalam rantaian bekalan makanan negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda