
Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Muhammad Azrul Hafiz (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 2 Mei (MalaysiaAktif) – “Tan Sri Syamsul Azri saya tak mahu lagu ini hanya untuk Kementerian Sumber Manusia sahaja, saya mahu lagu ini (Solidariti Perjuangan: Lagu Hari Pekerja 2025) dipasang di setiap kementerian di negara kita.

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2025
“Lagu ini menyentuh jiwa, menyedarkan kita dan menaikkan semangat. Hari ini pekerja kita datang untuk memperingatkan bukan sahaja pekerja, majikan, rakyat dan pemimpin sepertimana yang dijelaskan dalam lagu ini.
“Tanpa pekerja tiada istana raja, tanpa pekerja tidak ada hospital dan klinik, tanpa pekerja keluarga kita tidak dirawat, tanpa pekerja keselamatan kita tidak terjaga,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Pekerja 2025 yang bertemakan Pekerja Kesuma Bangsa di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Anwar Ibrahim melancarkan perasmian Kad Pekerja MADANI
Program ini telah dihadiri lebih 10 ribu orang pekerja dari pelbagai kontinjen dari kementerian dan agensi yang menyokong program ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi serta menteri-menteri kabinet lain turut hadir meraikan para pekerja di Malaysia dalam program ini.
Menteri Sumber Manusia, Steven Chee Keong, berkata dalam keadaan dunia yang bergelora ini, kerajaan MADANI di bawah pimpinan PMX bertekad untuk mempertahankan hak kebajikan kaum pekerja di Malaysia.
“Malah KESUMA mengambil langkah awal tidak kira apa yang berlaku, tiada kompromi terhadap hak dan kebajikan pekerja. Kerajaan MADANI telah menaikkan contohnya faedah keselamatan sosial pekerja PERKESO kepada pekerja sebanyak 20 peratus,” ujarnya.
Pelancaran Kad Pekerja MADANI turut dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda penghargaan bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja 2025.
-AA-