Skip to main content
Berita TempatanSabah

Program Sembang Santai Perkukuh Penyampaian Dasar Inklusif Kerajaan

By 15 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Tawau)

TAWAU, 15 Jul (MalaysiaAktif) – Pendekatan turun padang yang bersifat inklusif memberi penekanan kepada penyampaian maklumat, pendidikan serta pemerkasaan rakyat jelas sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Merotai, Mohamad Jalani Chachu berkata penglibatan aktif masyarakat adalah penting untuk memastikan dasar kerajaan benar-benar difahami dan dirasai hingga ke peringkat akar umbi.

Mohamad Jalani ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Sembang Santai di Padang Taman Semarak 2C, Tawau.

“Pendekatan kerajaan hari ini bukan sekadar menyalurkan bantuan, tetapi melibatkan rakyat secara langsung melalui penyampaian maklumat, pendidikan dan semangat perpaduan.

 

“Hala tuju kerajaan kini berteraskan dasar inklusif yang menjadikan rakyat sebagai tunjang pembangunan menyeluruh dan lestari,” katanya ketika merasmikan Program Sembang Santai Edisi ke tiga di Padang Taman Semarak 2C, di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Jalani percaya kerajaan komited untuk memperkasa komuniti melalui akses kepada maklumat sahih serta ruang berinteraksi terus bersama agensi-agensi kerajaan.

“Kerajaan mahu memperkasa komuniti dengan akses kepada maklumat sahih serta peluang untuk berinteraksi terus bersama agensi kerajaan.

Reruai saringan kesihatan anjuran NADI menarik perhatian pengunjung.

“Inilah Malaysia MADANI yang kita terapkan iaitu dasar kerajaan turun padang yang menyatukan rakyat melalui ilmu, kesedaran dan semangat kebersamaan,” ujarnya.

 

Program sembang santai tersebut diserikan dengan aktiviti senamrobik, taklimat kesihatan mental, keselamatan teknologi dan internet, peranan cukai dalam pembangunan negara serta penghayatan Rukun Negara.

Sebagai agensi penyampai maklumat rasmi, Pejabat Penerangan Daerah Tawau turut membuka reruai penerbitan serta mengedarkan risalah dan bahan komunikasi kerajaan kepada pengunjung.

-RJ-

Tinggalkan komen anda