Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Semangat Gotong-Royong Bukti Muafakat dalam Program JIWA Komuniti MADANI

By 15 Julai 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Firdauf (Jerantut)

JERANTUT, 15 Jul (MalaysiaAktif) – Semangat muafakat yang utuh dalam kalangan penduduk Kampung Merting terserlah apabila gotong-royong memasak dan penyediaan tempat berjaya dilaksanakan sempena Program JIWA Komuniti MADANI anjuran Pejabat Penerangan Daerah Jerantut.

Kaum wanita bergotong-royong menyediakan bahan-bahan untuk dimasak.

Persiapan dimulakan seawal seminggu sebelum program yang berlangsung pada Ahad lalu disertai 50 penduduk yang berganding bahu menyediakan pelbagai juadah tradisi kenduri kampung seperti gulai asam rong rampai, daging gulai, sayur masak lemak, ikan masin dan pucuk paku di lokasi utama program Balai Raya Kampung Lubuk Payung.

Menurut salah seorang penduduk Mohd Mokhtar Nawi, 54, mereka pada awalnya berasa gusar untuk melaksanakan persiapan berskala besar itu, namun kerjasama erat dalam komuniti membolehkan semuanya berjalan lancar.

Program Jualan Rahmah

“Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik hasil usaha bersama,” katanya.

Program yang berlangsung sepanjang hari itu turut diserikan dengan pelbagai pengisian bermanfaat seperti Jualan Rahmah, pameran agensi, saringan pemeriksaan kesihatan, penukaran kad pengenalan dan pocket talk (bicara saku).

-RI

Tinggalkan komen anda