Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

ADTREC JPKKP Kampung Seberang Terus beri Manfaat Masyarakat Setempat

By 10 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi (Kota Setar)

ALOR SETAR, 10 Ogos (MalaysiaAktif) – Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC) Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Seberang Terus siap dibina untuk manfaat masyarakat setempat.

Datuk Bandar MBAS memberi penjelasan inisiatif kitar semula bagi menggalakkan amalan lestari di peringkat komuniti.

ADTREC bertujuan memperkukuh budaya kitar semula dalam kalangan komuniti di samping mengurangkan pembuangan sisa boleh kitar di tapak pelupusan.

Pusat yang diuruskan Syarikat Trash4Cash itu dijangka dapat memberi pulangan ekonomi secara langsung kepada individu dan komuniti yang terlibat.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Abdul Gafar Yahya ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Perasmian di Kampung Berjaya pagi semalam, berkata bahawa sebelum ini, masalah longkang tersumbat akibat pembuangan sampah yang tidak terkawal telah menjadi punca berlakunya banjir kilat di kawasan Alor Terus.

Datuk Bandar berinteraksi mesra bersama penduduk setempat dalam usaha memperkukuh hubungan komuniti.

“Saya berharap agar kempen ini dapat mengurangkan permasalahan tersebut serta meningkatkan kesedaran sivik masyarakat terhadap penjagaan kebersihan,” katanya.

Majlis dihadiri hampir 100 orang tetamu, terdiri daripada penduduk setempat, wakil agensi kerajaan serta pihak swasta.

-RI

Tinggalkan komen anda