Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program HERO Tingkat Motivasi, Sokongan Pesakit dalam Pemulihan

By 21 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 21 Ogos (MalaysiaAktif) – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang memperkenalkan pendekatan holistik melalui Program Healing & Recovery (HERO) bagi membantu meningkatkan motivasi, kekuatan dalaman dan sokongan sosial individu yang sedang menjalani rawatan pemulihan, semalam.

Sesi Taklimat Kesihatan oleh petugas kesihatan.

Program di Klinik Kesihatan Pendang itu menggabungkan aspek perubatan, psikososial dan spiritual bagi memperkukuh proses pemulihan pesakit dengan pelbagai aktiviti berfokuskan motivasi diri dan kesejahteraan mental.

Pada program itu, Pegawai Kesihatan Daerah Pendang, Dr. Intan Melati Abu Bakar menekankan kepentingan motivasi diri, sokongan keluarga dan penglibatan komuniti dalam membantu proses pemulihan.

“Pemulihan bukan sahaja melibatkan rawatan perubatan, malah memerlukan sokongan psikologi, sosial dan spiritual.

“Program HERO ini juga bukan sekadar memberi dorongan kepada peserta, tetapi juga meningkatkan kesedaran dalam kalangan keluarga serta masyarakat tentang peranan mereka dalam menyokong proses ini,” katanya.

Penyampaian cenderamata kepada para peserta program.

Antara pengisian utama program ialah slot Motivasi Diri, Pencegahan Relaps & Terapi Methadone, Ice Breaking & Set Minda Positif serta Sesi Kerohanian & Spiritual (Kolam Hati).

Program berkenaan mendapat sambutan positif daripada peserta yang mengakui ia memberi motivasi, ketenangan mental serta kekuatan dalaman untuk meneruskan kehidupan dengan lebih stabil dan bermakna.

PKD Pendang berharap penganjuran HERO dapat diteruskan dari semasa ke semasa serta diperluaskan kepada lebih ramai individu yang memerlukan bimbingan dan sokongan dalam perjalanan pemulihan.

-RI

Tinggalkan komen anda