Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Komuniti MADANI PPR Sri Stulang Semarakkan Bulan Kebangsaan

By 17 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 17 Ogos (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI PPR Sri Stulang dengan kerjasama persatuan penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) setempat menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan menerusi program pengedaran Jalur Gemilang di PPR Sri Stulang.

Sambutan Ambang Merdeka di PPR Sri Stulang pada 30 Ogos ini bakal mengeratkan perpaduan rakyat melalui pelbagai aktiviti untuk semua peringkat usia – Mohd Taufiq.

Lebih 500 helai Jalur Gemilang dan bendera Negeri Johor serta 2,000 bendera tangan diedarkan kepada penduduk, selaras dengan saranan kerajaan ‘Satu Rumah Satu Jalur Gemilang’.

Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Melayu Majidee Mohd Taufiq Ismail yang juga Pengarah Program Merdeka MADANI Johor Bahru 2025, berkata usaha itu penting bagi menyalakan semangat patriotisme selain mengeratkan perpaduan komuniti.

“Selain melaksanakan program, ahli Komuniti MADANI juga perlu menjadi agen kerajaan dengan memberi penerangan mengenai isu semasa dan inisiatif kerajaan seperti Skim Tunai Rahmah (STR),” katanya ketika ditemui semasa aktiviti edaran Jalur Gemilang di Medan Selera PPR Sri Stulang, di sini semalam.

Lebih 500 helai Jalur Gemilang dan bendera Negeri Johor serta 2,000 bendera tangan diedarkan kepada penduduk PPR Sri Stulang, semalam.

Taufik, berkata Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos depan juga akan diadakan di sini dan diserikan dengan pelbagai acara seperti pertandingan sukan rakyat, mewarna, pakaian beragam kanak-kanak dan nyanyian lagu patriotik.

“Saya berharap orang ramai dapat hadir beramai-ramai ke PPR Sri Stulang pada 30 Ogos ini bagi memeriahkan program Ambang Merdeka yang dianjurkan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Stulang Wan Mohamed Jabeb, dan Pengerusi Komuniti MADANI Taman Sri Stulang Razali Abu Bakar.

-RI

Tinggalkan komen anda