
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)
ALOR SETAR, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Peluang mengikuti latihan kemahiran MAHIR di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Alor Malai mencuri perhatian Komuniti MADANI Jalan Langgar – Jalan Teluk Wanjah dalam lawatan mereka hari ini.

Ahli Komuniti MADANI Jalan Langgar – Jalan Teluk Wanjah mengisi borang keahlian NADI.
Program MAHIR menawarkan latihan praktikal seperti MAHIR Foto, MAHIR Masak, MAHIR Baiki Gadget, MAHIR Jahit dan MAHIR Pertanian Pintar dengan sijil penyertaan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus.
“Program ini membuka peluang untuk mempelajari kemahiran baharu yang bermanfaat, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk komuniti,” kata Mahani Hamid, 61, Setiausaha Komuniti MADANI tersebut.

Sesi bergambar kenangan selepas lawatan.
Lawatan turut memberi pendedahan tentang peranan NADI sebagai pusat rujukan masyarakat setempat dalam mendapatkan maklumat, menyertai latihan kemahiran dan mengukuhkan jaringan sosial.
-RI





