Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Konvoi Darat dan Sungai Serlahkan Gelombang Merdeka di Pekan

By 11 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 12 Ogos (MalaysiaAktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 peringkat Parlimen Pekan yang melalui jalan darat dan sungai menyerlahkan gelombang dan semangat kemerdekaan di daerah itu.

Mohmed Puzi sewaktu berucap.

Menurut Ahli Parlimen Pekan Datuk Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali semangat kemerdekaan perlu dipupuk dan disemarakkan oleh semua peringkat masyarakat.

“Saya menyeru agar rakyat di daerah ini terus memupuk semangat cintakan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, di samping mempertahankan kemerdekaan yang telah dikecapi,” katanya sewaktu berucap di Majlis Perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Pekan, di sini Sabtu lalu.

Beliau amat berbangga dengan penyertaan konvoi darat melibatkan 40 buah kereta dan 36 buah motosikal serta konvoi sungai yang menampilkan 80 buah bot dari Pekan, Maran, Bera dan Temerloh.

Peserta konvoi dari Chini begitu teruja dapat menyertai konvoi kembara kali ini.

“Deretan kenderaan dan bot ini yang mengibarkan Jalur Gemilang semasa berkonvoi menjadi simbol penyatuan darat dan sungai dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan,” katanya.

Lebih 500 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan beruniform, badan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat serta 12 Komuniti MADANI di Daerah Pekan turut menyertai program tersebut.

Selain konvoi darat dan sungai, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya persembahan kebudayaan serta edaran bendera kepada pengunjung.

-RI

Tinggalkan komen anda