Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurMAPahang

Kemenangan Berganda Jaguh Robotik

By 11 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Ahmad Aizuddin (Pahang)

KUANTAN, 12 Ogos (MalaysiaAktif) – Dua pelajar masing-masing dari Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad dan Sekolah Kebangsaan Permatang Badak muncul juara di Pertandingan AI Horizon Genius Competition 2025 yang diadakan di Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Amsyar (dua dari kiri) dan Ammar (tiga dari kiri) bersama medal yang dimenangi.

Ahmad Amsyar Ahmad Aizuddin, 12, dan Ammar Rayyan Azizan, 11, sebelum ini dianugerakan Excellent Award pada pertandingan robotik di Hong Kong, bulan lepas.

Menurut Amsyar, tugas yang dibawa sangat berat kerana secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Saya dan rakan berentap bersama wakil empat buah negara yang lain iaitu Malaysia, Singapura, Hong Kong dan China.

Antara peserta yang turut menyertai pertandingan robotik berkenaan di Pulau Pinang Sabtu lalu.

“Pertandingan ini menuntut ketajaman minda, kecekapan tangan, dan keberanian jiwa untuk mengaturcara robot serta mengendalikannya bagi menyelesaikan tugasan berteknologi tinggi yang ditetapkan,” katanya kepada Malaysia Aktif.

-RI

Tinggalkan komen anda