Skip to main content
Berita TempatanLabuan

OSINT Perkukuh Keupayaan Tangani Cabaran Keselamatan Siber

By 13 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MCMC

LABUAN, 13 Ogos (MalaysiaAktif) – Program Open-Source Intelligence atau OSINT anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkukuh keupayaan menangani cabaran keselamatan siber dalam kalangan agensi-agensi penguatkuasaan di Labuan.

13 agensi penguatkuasaan di Labuan menjayakan Bengkel OSINT.

Menurut Pengarah Kanan Pejabat Wilayah Tengah MCMC Mohamad Rizal Ahmad, inisiatif itu juga sebahagian daripada usaha berterusan MCMC untuk memperkukuh keupayaan menangani isu kandungan tidak wajar dan pelbagai bentuk pelanggaran undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan akta-akta lain yang berkaitan.

“OSINT atau risikan sumber terbuka ialah kemahiran penting era digital untuk mengumpul, menganalisis dan menilai maklumat daripada media sosial, laman web dan platform e-dagang. Dengan teknik dan alat yang tepat, ia membantu kita bertindak lebih proaktif, pantas dan tepat,” katanya semasa merasmikan program itu, di sini semalam.

Mohamad Rizal (duduk tengah) bersama para peserta Bengkel OSINT.

Jelasnya, peserta didedahkan dengan pelbagai modul seperti pengenalan dan teknik OSINT, pengurusan media baharu, aplikasi praktikal melalui kajian kes, penyiasatan dan serbuan, serta forensik digital dan preservasi data.

“Setiap sesi dikendalikan pegawai berpengalaman dari pelbagai jabatan di MCMC, dengan pendekatan latihan yang bersifat hands-on bagi memastikan setiap peserta dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam tugasan sebenar,” katanya.

Bengkel selama dua hari anjuran MCMC melalui MCMC Academy itu disertai 13 agensi penguatkuasaan.

-RI

Tinggalkan komen anda