
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)
LABUAN, 13 Ogos (MalaysiaAktif) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuah telah mengedarkan 1,500 helai Jalur Gemilang kepada 15 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan di pulau itu.

Seriyady (kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil Angkatan Pertahanan Awam.
Penolong Pengarah MKN Labuan ASP Seriyady Terun, berkata MKN memainkan peranan penting untuk menerapkan nilai patriotik khususnya dalam kalangan kakitangan awam kerajaan.
“Selain itu, usaha ini bagi membangkitkan rasa cintakan tanah air dan menghayati pengorbanan pejuang negara dalam mempertahankan kemerdekaan negara ini.
“Agensi dan jabatan perlu memainkan peranan penting untuk menjayakan agenda dan aspirasi kerajaan seiring dengan tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, katanya semasa sesi penyerahan Jalur Gemilang, di sini semalam.

Seriyady bersama wakil agensi kerajaan dan NGO bergambar kenangan
Beliau turut berharap Jalur Gemilang dapat dikibarkan di setiap bangunan, premis dan kenderanaan kerajaan masing-masing sebagai tanda simbolik untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Labuan.
Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Labuan Azman Sipan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Abd Rahman Ali, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Labuan Horwad Martin Kim Sung @Cornelius, wakil-wakil agensi kerajaan dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).
-RI





