
Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Tawau)
TAWAU, 11 Ogos (MalaysiaAktif) – Dalam usaha memperkukuh keselamatan dan kecemerlangan pelajar, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Tawau sesi 2025/2026 menekankan peranan penting kerjasama erat antara guru dan ibu bapa.

Nizam merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Tawau sesi 2025/2026.
Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan kerjasama tersebut menjadi asas utama bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan selamat, terpelihara dan mencapai kecemerlangan akademik.
“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor komited menyediakan pelbagai inisiatif pendidikan demi masa depan anak-anak Sabah. Semangat kerjasama inilah yang harus kita pertahankan agar pelajar bersedia melangkah ke alam pendidikan lebih tinggi, sama ada di IPTA atau IPTS.

Gimik perasmian majlis oleh Nizam sempena Mesyuarat Agung PIBG Kolej Tingkatan Enam Tawau, kelmarin.
“Buli mesti dibanteras sepenuhnya. Ibu bapa mahu anak mereka selamat, pelajar juga mahu suasana pembelajaran yang aman. Peranan anggota polis di sekolah perlu diperkasakan dan jika boleh, seorang anggota polis ditempatkan sepanjang sesi persekolahan atau di asrama bersama warden,” katanya ketika merasmikan mesyuarat tersebut di sini, pada Sabtu.
Dalam Mesyuarat Agung PIBG yang turut dihadiri oleh guru, ibu bapa dan pelajar itu, beliau turut menyatakan sokongannya terhadap cadangan untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar iaitu dengan membuat pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah.
-RJ-






