Skip to main content
Berita TempatanSabah

BUDI95 Ringankan Beban Rakyat, Harap Diperluas Kepada Diesel

By 25 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Awangku Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Bin Salleh (Tawau)

TAWAU, 25 Sep (MalaysiaAktif) – Rakyat Sabah, termasuk di kawasan luar bandar, menyambut baik pelaksanaan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai esok.

Sehubungan itu, Pejabat Penerangan Daerah Tawau turun padang melalui program Info On Wheels (IOW) bagi memberi penerangan lanjut mengenai bantuan subsidi tersebut.

Azis Bakri turut serta membuat hebahan kepada masyarakat umum mengenai pelaksanaan Program BUDI Madani RON95 yang bermula 30 September ini.

Penyelia Kemajuan Masyarakat Merotai Asis Bakri berkata subsidi berkenaan amat membantu rakyat, khususnya dalam meringankan kos sara hidup.

“Kami amat berterima kasih atas langkah kerajaan ini. Subsidi sebanyak 300 liter sebulan sangat membantu mengurangkan beban kos sara hidup. Harapan kami agar masyarakat lebih bersedia dengan dokumen penting seperti kad pengenalan supaya proses berjalan lancar.

“Kami juga berharap subsidi ini dapat diperluaskan kepada minyak diesel memandangkan kebanyakan kenderaan di Sabah menggunakan diesel. Justeru, kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini,” katanya ketika ditemui pada program IOW di sini, Rabu.

BUDI95 membolehkan setiap warganegara Malaysia menikmati subsidi sehingga 300 liter petrol RON95 sebulan, selain harga petrol yang rendah iaitu RM1.99 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu sah dan aktif akan menerima manfaat ini secara automatik tanpa perlu melakukan sebarang pendaftaran.

-RJ-

Tinggalkan komen anda