Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kerjasama JAPEN, Komuniti MADANI dan NADI Manfaatkan Semua Pihak

By 25 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Juing Ullie/ Nyempal Inggang (Sarawak)

LUBOK ANTU, 25 Sep (MalaysiaAktif) – Pejabat Penerangan Daerah Lubok Antu dengan kerjasama Komuniti MADANI Kampung Munggu Jabang dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Lubok Antu telah menganjurkan Program Slot Khas Komuniti MADANI di sini, semalam.

Program di bawah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) itu dilihat sebagai membantu komuniti terutamanya di luar bandar untuk celik teknologi maklumat berikutan transformasi digital yang semakin pesat, menuntut setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira usia dan latar belakang untuk memiliki kemahiran dan pengetahuan berkaitan teknologi tersebut.

Jianna Carolus Joim beruntung kerana dapat mempelajari asas komputer.

Kemahiran dan penguasaan asas teknologi maklumat juga untuk memperkasakan masyarakat dengan kemahiran praktikal yang relevan dalam kehidupan seharian melalui modul asas penggunaan komputer dan internet, pengenalan kepada perisian pejabat seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel, literasi media digital, termasuk juga keselamatan siber.

“Kami yang berpeluang menyertai sesi ini amat beruntung kerana dapat mempelajari asas penggunaan komputer dan perisian pejabat yang membantu memudahkan apa sahaja urusan harian,” kata Setiausaha Komuniti MADANI Kampung Munggu Jabang Jiana Carolus Joim.

Bagi Imelda perkongsian berkaitan penghasilan video oleh kakitangan JAPEN merupakan suatu yang amat bermanfaat.

Sementara itu, Penolong Pengurus NADI Lubok Antu Imelda Endang Changai memandang positif kerjasama pihak mereka bersama JAPEN dan Komuniti MADANI melibatkan sesi perkongsian ilmu berkaitan tenologi maklumat yang memanfaatkan semua pihak.

“Perkongsian sebegini amat bermakna kerana bukan hanya kami di NADI ini yang berkongsi maklumat tetapi pihak Pejabat Penerangan Daerah Lubok Antu juga berkongsi dengan kami dan peserta berhubung penghasilan video dan klip yang menarik pada sesi kali ini,” jelasnya.

Walaupun sesi hanya berlangsung sejam, namun tenaga pengajar yang berpengalaman berjaya memastikan peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik melalui pendekatan santai, mesra dan mudah difahami.

Pendekatan amali yang digunakan turut memberi peluang kepada peserta mempraktikkan ilmu yang diperolehi, sekali gus meningkatkan keyakinan diri dan kefahaman mendalam terhadap teknologi maklumat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda