Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sambutan Maulidur Rasul Wadah Perkukuh Ukhwah

By 25 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Saziana/Abdul Muiz (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 25 Sep (MalaysiaAktif) – Sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan setiap tahun mampu menjadi wadah dalam memperkukuhkan ukhwah antara penduduk di daerah ini.

Abdul Latiff ketika berucap dan memberikan taklimat kepada kontinjen perarakan Maulidur Rasul Daerah Cameron Hghlands

Menurut Timbalan Kadi Daerah Cameron Highlands Abdul Latiff Abdul Haliff, sambutan yang dianjurkan kali ini bukan sahaja merupakan acara tahunan malah ia mempunyai nilai tersendiri.

“Sambutan Maulidur Rasul menjadi titik pertemuan masyarakat Cameron Highlands mengikat silaturahim dan membimbing kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW,” ujarnya.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Cameron Highlands 1447H/2025M berlangsung penuh meriah semalam, dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan serta masyarakat setempat.

Perarakan selawat bermula dari Tapak Pasar Pagi Tanah Rata

Perarakan selawat bermula dari Tapak Pasar Pagi Tanah Rata menuju ke Masjid Abu Bakar Tanah Rata.

Perarakan turut diiringi alunan selawat yang bergema sepanjang laluan dan diserikan dengan penyertaan kontinjen jabatan kerajaan, komuniti kampung serta anak-anak tadika sekitar daerah ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda