Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Mohd Haide A. Rahman dilantik Ketua Polis Daerah Bau Yang Baharu

By 3 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Sumardi Sugiman/ Jackson Abell ( Sarawak)

BAU, 3 Sep (MalaysiaAktif) – Pemangku Superitendan Mohd Haide A. Rahman memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Bau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, berkuatkuasa semalam.

Sumardi mengadakan kunjungan hormat kepada Mohd Haide bagi membincangkan kerjasama kedua-dua agensi.

Mohd Haide, 50, berasal dari Melaka dan telah berkhidmat selama 29 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah bertugas di IPD Sibu, IPD Kuching, IPD Kapit, IPD Subang Jaya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sungai Merab Kajang, Selangor, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman dan Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.

Bagi mengeratkan kerjasama antara agensi, Pegawai Penerangan Daerah Bau Sumardi Sugiman telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mohd Haide di IPD Bau, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, selain memberi fokus kepada perbincangan persiapan sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang ( KMJG) 2025 yang bakal singgah di SMK Paku pada 9 September ini, Sumardi juga menggunakan ruang tersebut untuk mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Mohd Haide.

-RJ-

Tinggalkan komen anda