Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Pesalah Pembuangan Sampah Kecil akan Dikenakan Hukuman Khidmat Masyarakat

By 28 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Negeri Sembilan)/Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 28 Sep (MalaysiaAktif) – Berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun hadapan. pesalah bagi kes pembuangan sampah kecil akan dikenakan hukuman melakukan khidmat masyarakat.

“Seiring dengan usaha yang lebih holistik, untuk memberikan kesedaran sivik kepada masyarakat, penggubalan undang-undang yang mana pesalah pembuangan sampah akan dihukum dengan khidmat masyarakat, bermula pada 1 Januari 2026.

Nga Kor Ming semasa merasmikan program.

“Antara hukuman yang akan dijalankan ialah sapu jalan, cuci longkang, dan bersihkan tandas dengan memakai pakaian khas selama 12 jam,” kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Cuci Malaysia peringkat kebangsaan sempena World Clean-up Day 2025 di Pantai Cahaya Negeri, di sini pagi semalam.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan alam sekitar berada dalam suasana yang bersih.

“Hukuman yang dijalankan adalah bersifat mendidik, bukan untuk memalukan agar kesalahan tersebut tidak lagi diulang pada masa akan datang,” katanya.

Nga Kor Ming menaiki kenderaan yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

Program itu dilaksanakan secara serentak di seluruh negara, melibatkan hampir 100,000 peserta meliputi pelbagai agensi, pemimpin masyarakat, syarikat-syarikat korporat serta penduduk setempat.

Sijil penghargaan juga diberikan kepada agensi dan rakan strategik yang terlibat, seperti Perbadanan Prima Malaysia, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Cypark Resources Berhad, 99 Speedmart Sdn Bhd, SWM Environment Sdn. Bhd.

Turut hadir Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan pemimpin masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda