Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

BUDI95 Ringankan Beban Perbelanjaan Petugas Barisan Hadapan

By 28 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin

KOTA BHARU, 28 Sep (MalaysiaAktif) – Bermula semalam, petugas barisan hadapan termasuk anggota polis mula menikmati subsidi RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Rakan sejawat Aisyah daripada Balai Polis Kubang Kerian.

Konstabel Nur Aisyah Hashim, 30, dari Balai Polis Binjai, menyambut baik pelaksanaan itu yang disifatkannya sebagai bantuan tepat pada masanya bagi meringankan kos sara hidup.

“Sebagai anggota polis, saya kerap membuat rondaan dan bergerak ke lokasi berbeza. Perbelanjaan petrol memang agak tinggi setiap bulan dan bantuan BUDI95 memberi kelegaan besar kepada saya,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Beliau turut berkongsi keterujaannya apabila rakan setugas telah mula mengisi minyak menggunakan subsidi tersebut.

“Bayangkan, sebelum ini perbelanjaan petrol agak tinggi, apatah lagi saya kerap berulang-alik ke kampung di Terengganu ketika bercuti. Dengan adanya BUDI95, perbelanjaan bulanan kini lebih jimat,” katanya.

BUDI95 merupakan salah satu inisiatif kerajaan di bawah Kerangka Ekonomi MADANI yang bertujuan memastikan subsidi disalurkan secara bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

-RI

Tinggalkan komen anda