Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Projek Penempatan Orang Asli Batu 12 Disepakati Secara Harmoni

By 30 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Hakeem Ismail

GOMBAK, 30 Sep (MalaysiaAktif) – Sesi libat urus antara Malaysia Rail Link (MRL) dan penduduk Orang Asli Kampung Batu 12, Gombak hari ini mencapai kata sepakat berhubung Projek Penempatan Masyarakat Orang Asli.

Paparaidu ketika berucap kepada masyarakat Orang Asli Batu 12 Gombak.

Projek berkonsepkan Reka dan Bina merangkumi pembinaan 63 unit rumah secara berfasa, dengan keluasan 700 kaki persegi.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor Papparaidu Veraman berkata sesi itu turut disertai Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor/Wilayah Persekutuan Mohamad Mohd Anis Othman, wakil MRL serta Tok Batin yang memberi pandangan dan sokongan terhadap projek tersebut.

(Kiri) Paparaidu sedang mencatatkan sesuatu ketika sesi pembentangan Projek Penempatan Masyarakat Orang Asli Batu 12 Gombak.

“Keperluan kawasan lapang dan peluang ekonomi yang dibangkitkan penduduk akan dipertimbangkan MRL dalam pelaksanaan projek,” katanya.

Beliau menegaskan salah faham yang timbul sebelum ini juga berjaya diselesaikan secara baik melalui pertemuan tersebut.

-RI

Tinggalkan komen anda