Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Projek SejaTi MADANI Pacu Ekonomi Komuniti, Buka Peluang Pekerjaan

By 16 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

ALOR SETAR, 16 Okt (MalaysiaAktif) – Projek kraf dan jahitan di bawah inisiatif SejaTi MADANI yang diusahakan Persatuan Penduduk Taman Nuri, Pokok Sena mampu menjana ekonomi komuniti serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Salah seorang warga Taman Nuri tekun melakukan kerja-kerja jahitan di pusat SejaTi MADANI

Projek yang beroperasi di belakang Dewan Komuniti Taman Nuri sejak awal tahun ini menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk jahitan pakaian lelaki dan wanita, pembuatan pelbagai jenis tudung, soft toy, tote bag, perkhidmatan baik pulih (alteration) serta penghasilan produk kraftangan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Nuri, Shaaban Ismail berkata inisiatif itu diwujudkan bagi memperkasa ekonomi komuniti melalui latihan kemahiran serta penyediaan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

“Selain menerima tempahan jahitan, kami juga mengeluarkan produk kraftangan seperti bunga telur untuk majlis perkahwinan dan barangan lain. Semua hasil projek ini digunakan untuk menjana pendapatan persatuan yang kemudiannya disalurkan semula untuk aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Pekerja kraf sedang menyiapkan alteration pakaian

Tambah beliau, projek itu memberi kesan positif dengan menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran dalam bidang jahitan dan kraf tangan, khususnya kepada golongan suri rumah dan belia.

Projek SejaTi MADANI oleh Persatuan Penduduk Taman Nuri itu diharap menjadi contoh kepada persatuan komuniti lain dalam memperluas sumber pendapatan dan memainkan peranan aktif dalam pembangunan sosioekonomi setempat, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kesejahteraan, keusahawanan dan kemampanan komuniti.

-AA-

Tinggalkan komen anda