Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Ahli Komuniti MADANI Sambut Baik Taklimat Belanjawan 2026

By 24 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 24 Okt (MalaysiaAktif) – Ahli Komuniti MADANI negeri Pahang menyambut baik pembentangan taklimat Belanjawan 2026 yang disampaikan Jabatan Penerangan Negeri.

Antara ahli Komuniti MADANI yang hadir.

Salah seorang ahli Komuniti MADANI Shamsuddin Abdullah berkata beliau menerima maklumat yang lebih jelas dan tepat melalui taklimat yang diadakan ini.

“Kami kini lebih faham tentang hala tuju kerajaan dalam membantu rakyat, khususnya aspek kebajikan, peluang pekerjaan dan pembangunan luar bandar dan diharap program seperti ini diteruskan agar masyarakat terus celik maklumat,” katanya ketika ditemui semasa Taklimat Belanjawan 2026 Siri 1, di sini semalam.

Taklimat yang disampaikan banyak memberikan maklumat dan input yang lebih jelas kepada ahli Komuniti MADANI.

Ujarnya lagi, maklumat yang diterima membolehkan mereka membuat penyampaian semula kepada masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda