Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

AmanahRaya Santuni Nelayan Darat dan Asnaf di Pahang

By 2 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Asrul Alias (Pekan)

PEKAN, 2 Okt (MalaysiaAktif) – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan AmanahRaya menyantuni nelayan darat dan asnaf dengan agihan bantuan berjumlah RM470,650.40, di sini semalam.

Keprihatinan Sultan Pahang menyantuni golongan asnaf amat dihargai oleh rakyat Pahang.

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata inisiatif itu diharap menjadi pemangkin perubahan hidup dan memperkukuh kebergantungan kendiri komuniti luar bandar, selaras aspirasi kerajaan memperkasakan rakyat.

“Sebanyak RM470,650.40 diagihkan meliputi bantuan bot dan peralatan menangkap ikan kepada 30 nelayan asnaf, bantuan kebakaran, sumbangan zakat RM100,000 kepada pelajar UniPSAS (Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah) serta bantuan tunai dan barangan asas kepada 50 asnaf terpilih,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah juga menerima sumbangan daripada AmanahRaya.

Majlis disempurnakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

-RI

Tinggalkan komen anda