Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Inkubator INCUSPACE Politeknik Melaka Platform Lahir Usahawan Muda Berdaya Saing

By 16 Oktober 2025Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Muhammad Amizan Lokman

MELAKA, 16 Okt (MalaysiaAktif) – Politeknik Melaka terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa bidang keusahawanan melalui pelancaran Inkubator INCUSPACE Politeknik Melaka yang berlangsung di Pusat Pelajar institusi itu, hari ini.

Penubuhan inkubator tersebut merupakan inisiatif strategik bagi menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar serta usahawan muda untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang keusahawanan.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Allex Seah Shoo Chin berkata pelancaran Inkubator INCUSPACE merupakan usaha signifikan dalam melahirkan generasi muda yang kreatif, berdaya tahan dan mampu bersaing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Melalui kemudahan dan bimbingan yang disediakan, peserta inkubator berpeluang memperkukuh ilmu serta kemahiran perniagaan, selain menerima tunjuk ajar dalam aspek inovasi, pemasaran dan pengurusan syarikat secara holistik.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Allex Seah Shoo Chin berkata pelancaran Inkubator INCUSPACE merupakan usaha signifikan dalam melahirkan generasi muda yang kreatif, berdaya tahan dan mampu bersaing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Para pelajar tidak seharusnya sekadar menjadi pencari kerja, sebaliknya perlu tampil sebagai pencipta peluang pekerjaan yang berani mengambil risiko, mencetus idea baharu serta membina empayar perniagaan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Timbalan Pengarah Politeknik Melaka, Zeyana Abdullah berkata penubuhan inkubator itu melambangkan komitmen berterusan pihak politeknik dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan di kampus serta membuka ruang kerjasama dengan agensi dan industri berkaitan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Politeknik Melaka, Zeyana Abdullah berkata penubuhan inkubator itu melambangkan komitmen berterusan pihak politeknik dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan di kampus serta membuka ruang kerjasama dengan agensi dan industri berkaitan.

Turut hadir, Ketua Unit Usahawan Politeknik Melaka, yang bersama-sama Allex Seah dan Zeyana menandatangani buku lawatan sempena perasmian inkubator tersebut.

Penubuhan Inkubator INCUSPACE Politeknik Melaka diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi usahawan muda yang inovatif, berpengetahuan dan berdaya saing tinggi, seiring aspirasi kerajaan untuk memperkasa ekonomi negara melalui keusahawanan belia.

-AA

Politeknik Melaka meneruskan komitmen dalam memperkasa bidang keusahawanan melalui pelancaran Inkubator INCUSPACE Politeknik Melaka yang diadakan di Pusat Pelajar Politeknik Melaka, hari ini.

Penubuhan Inkubator INCUSPACE ini merupakan inisiatif strategik bagi menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar serta usahawan muda untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang keusahawanan.

Melalui kemudahan dan bimbingan yang disediakan, para peserta berpeluang memperkukuh ilmu dan kemahiran perniagaan selain menerima panduan dalam aspek inovasi, pemasaran serta pengurusan syarikat secara holistik.

Menurut Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kesidang, Allex Seah Shoo Chin, Inkubator INCUSPACE Politeknik Melaka merupakan usaha signifikan dalam melahirkan generasi muda yang kreatif, berdaya tahan dan mampu bersaing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Para pelajar tidak seharusnya sekadar menjadi pencari kerja, sebaliknya perlu tampil sebagai pencipta peluang pekerjaan yang berani mengambil risiko, mencetus idea baharu serta membina empayar perniagaan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” ujar beliau ketika berucap dalam majlis tersebut.

-AA-

Tinggalkan komen anda