Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Let’s Code 2025 Semarak Inovasi Digital Generasi Muda

By 29 Oktober 2025November 1st, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Shaherza (Kuantan)/Kolej Komuniti Paya Besar

KUANTAN, 29 Okt (MalaysiaAktif) – Pertandingan Let’s Code 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kolej Komuniti Paya Besar berjaya menyerlahkan kreativiti dan semangat inovasi digital dalam kalangan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah serta Kolej Komuniti seluruh negara.

Pertandingan Drone Sprint yang turut diadakan.

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar Shuhaila Ibrahim penganjuran program seperti ini bukan sekadar pertandingan, tetapi medan penting mengasah kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritikal dan daya inovatif pelajar, selaras dengan perkembangan teknologi masa kini seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan automasi.

“Let’s Code menjadi ruang bagi pelajar mengasah kreativiti, membina keyakinan dan berfikir secara luar kotak. Saya harap mereka meneruskan penyertaan di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya, di sini.

Suasana Pertandingan Bat Robot Time Coding sedang berlangsung.

Sebanyak 187 kumpulan telah menyertai pertandingan ini, melibatkan 47 pasukan sekolah rendah, 24 pasukan sekolah menengah dan 32 pasukan dari Kolej Komuniti seluruh Malaysia.

Kesemua peserta berentap dalam tiga kategori utama iaitu Bat Robot Time Coding Challenge, Drone Sprint dan Innovation: SDG Theme.

-RI

Tinggalkan komen anda