Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Tekankan Konsep Penuaan Bermaruah

By 4 Oktober 2025Oktober 5th, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 4 Okt (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Selangor menegaskan kepentingan konsep penuaan bermaruah bagi memastikan warga emas di negeri itu terus menikmati kehidupan berkualiti.

(Tengah) Anfaal merasmikan Kebun Komuniti Warga Emas Sungai Tua.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari berkata meskipun jangka hayat rakyat Malaysia kini meningkat sehingga 78 tahun, ramai warga emas berdepan cabaran kesihatan, kewangan dan isolasi sosial.

“Separuh warga emas hadapi masalah terasing, manakala satu perempat alami kemurungan kerana kurang sokongan sosial,” katanya ketika merasmikan Program Masih Ada Yang Sayang Sempena Hari Warga Emas anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini pagi tadi.

(Tiga dari kiri) Anfaal menyiram sayuran di Kebun Komuniti Warga Emas Sungai Tua.

Beliau turut memaklumkan Selangor akan menganjurkan Selangor International Care Summit pada 9 hingga 11 Oktober ini di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), termasuk memperkenalkan teknologi pemantauan kesihatan warga emas dengan kerjasama syarikat Korea Selatan.

“Selangor komited memastikan warga emas menua dengan sihat, selamat dan bermaruah,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda